Author: gerbangharmony
•10:36 AM

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tingkatan : Tiga.

Masa : 1 jam 20 minit. (80 minit)

Tajuk : Perjanjian Hudaibiyah.

Fokus :

1. Menyatakan maksud Perjanjian Hudaibiyah.

2. Menerangkan peristiwa Perjanjian Hudaibiyah.

3. Menyenaraikan sebab berlakunya Perjanjian Hudaibiyah.

4. Menyenaraikan hikmah Perjanjian Hudaibiyah.

Pengetahuan Sedia Ada :

1. Murid tahu sedikit sebanyak tentang Sirah Nabi.

2. Murid mempunyai sedikit pengetahuan tentang persiapan mengerjakan Umrah.

Sumber Pengajaran dan Pembelajaran :

1. Buku-buku sirah Nabi SAW.

2. Peta.

3. Slide / Montaj.

4. Pen marker.

5. Kertas mahjong.

Persediaan Guru :

1. Guru Menyediakan bahan bantu mengajar.

2. Guru telah memaklumkan kepada pelajar supaya mencari maklumat mengenai tajuk yang hendak dipelajari.

3. Guru membaca sedikit sebanyak maklumat lain mengenai Perjanjian Hudaibiyyah sebagai maklumat tambahan.

Penerapan :

· Teori Kecerdasan Pelbagai (Gagne)

ISI

ISI- ISI

PENGAJARAN

1. Maksud Perjanjian Hudaibiyah.

2. Peristiwa perjanjian Hudaibiyah.

3. Sebab-sebab berlakunya Perjanjian Hudaibiyah.

4. Hikmah Perjanjian Hudaibiyah.

PENYERAPAN

1. Penerapan sifat sabar.

2. Rasional dalan berfikir dan membuat keputusan.

3. Menjaga amanah dan menepati janji.

GABUNG

JALIN

1. Piagam Madinah.

KEMAHIRAN

BERFIKIR

1. Menjana Idea daripada Kisah Rasulullah SAW.

2. Membuat kesimpulan dengan membuat carta aliran.

Sumber Pengetahuan.

1. Buku-buku sirah Nabi SAW.

2. Peta.

3. Slide / Montaj.

4. Pen marker.

5. Kertas mahjong.

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI DALAM KELAS

Kecerdasan

Muzikal

SET INDUKSI

1. Guru mengarahkan Ketua Kelas mengetuai bacaan doa.

2. Guru menayangkan montaj kepada pelajar.

3. Pelajar memberi perhatian kepada montaj yang ditayangkan.

4. Guru mengaitkan montaj dengan sesi pembelajaran.

5 minit

Teori Gagne

ISI

KAEDAH

AKTIVITI

MASA

Kecerdasan verbal.

1. Maksud Perjanjian Hudaibiyyah

.

1. Soal jawab.

2. Syarahan.

3. Perbincangan

1. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan.

2. Guru meminta setiap kumpulan memberikan maksud Perjanjian Hudaibiyyah.

3. Murid memberikan maksud Perjanjian Hudaibiyyah mengikut kefahaman setiap kumpulan.

4. Guru Menerangkan maksud Perjanjian Hudaibiyyah secara terperinci.

10minit

Kecerdasan Ruang; visual.

2. Peristiwa Perjanjian Hudaibiyyah.

1. Syarahan.

2. Perbincangan.

1. Guru memberikan penerangan mengenai peristiwa Perjanjian Hudaibiyyah.

2. Guru meminta murid untuk membuat satu carta aliran mengenai maklumat yang telah disampaikan dan menulisnya di kertas mahjong.

3. Murid membuat carta aliran mengenai peristiwa Perjanjian Hudaibiyyah secara berkumpulan.

4. Mengambil Iktibar kesediaan berunding penting untuk mengatasi masalah.

5. Sabar menghadapi dugaan Allah SWT dan bertawakal kepadaNya.

20 minit

Kecerdasan Interpersonal.

3. Sebab-sebab berlakunya Perjanjian Hudaibiyyah.

1. Perbincangan.

2. Pembentangan

3. Syarahan /simulasi.

1. Guru meminta murid memberikan 3 sebab berlakunya Perjanjian Hudaibiyyah dan menulisnya di kertas mahjong.

2. Guru meminta setiap kumpulan membentangkan hasil kerja mereka.

3. Murid membuat pembentangan.

4. Guru membuat penambahan kepada maklumat yang telah dibentangkan murid.

15 minit

Kecerdasan Linguistik.

4. Hikmah Perjanjian Hudaibiyah.

1. Soal jawab.

2. Pantun.

1. Guru menyoal murid hikmah-hikmah termeterainya perjanjian hudaibiyyah.

2. Guru meminta setiap kumpulan untuk membina satu pantun 4 kerat mengandungi hikmah perjanjian hudaibiyah.

3. Murid membentangkan pantun yang telah disiapkan.

20 minit

Amali /Amalan

1. Mengamalkan sikap bertolak ansur terhadap rakan-rakan dan orang lain walaupun mereka bukan dalam kalangan umat Islam.

Nilai/ Penghayatan

Nilai;

1. Sabar menghadapi dugaan Allah SWT.

Penghayatan:

2. Sentiasa bertawakal kepada Allah SWT.

Pembudayaan

1. Sentiasa berkomunikasi dengan cara yang sopan.

RUMUSAN

1. Guru membuat rumusan tentang pengajaran dan pembelajaran yang telah dilakukan.

2. Guru mengingatkan murid supaya sentiasa mengetahui sirah Rasulullah SAW.

3. Guru memberikan tugasan kepada murid.

10 minit



This entry was posted on 10:36 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

1 comments:

On March 12, 2015 at 1:53 PM , Unknown said...

Tq